policy


Polisi Pembelian

1. Pembelian hanya diterima melalui blog , facebook, page, borang pesanan, dan email nurulgorgeouscloset@gmail.com
2. Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan pada keterangan item tersebut.
3. Berdasarkan "First Come First Serve"
4. Pelanggan mesti menjelaskan bayaran penuh dalam masa 48 jam atau pesanan akan dibatalkan secara automatik.
5. Segala pembayaran yang telah dibuat mestilah disertakan dengan bukti dan mesti dimaklumkan kepada kami dengan kadar segera.
6. Walk-in customer dialu-alukan.


Polisi Item Jualan / Produk

1. Warna dan corak pada gambar produk mungkin berbeza sedikit dari produk sebenar disebabkan faktor fotografi dan faktor skrin paparan komputer.
2. Kami akan cuba yang terbaik untuk memberikan keterangan produk.
3. Kami berhak melakukan perubahan produk atau keterangan produk tanpa notis awal.


Polisi Jualan Borong

1. Pembelian borong tudung Home Smile adalah secara fleksibel. Harga tudung Home Smile  bergantung sepenuhnya kepada kuantiti yang dibeli. Semakin banyak kuantiti yang dibeli, semakin murah harga tudung.
2. Pembelian minimum untuk mendapatkan harga borong adalah 1 kodi (20 helai). Pelanggan dibenarkan memilih corak/warna yang dikehendaki daripada produk-produk yang masih terdapat dalam simpanan (subject to availability ONLY)
3. Pelanggan menanggung sepenuhnya kos penghantaran sepertimana yang dikenakan oleh Pos Malaysia.
4. Untuk mendapatkan harga borong, sila hantarkan email kepada kami di aqua_kartun@yahoo.com.my


Polisi Penghantaran

1. Penghantaran dilakukan pada hari Isnin, dan Jumaat setiap minggu atau kebiasaannya dalam masa 3 hari selepas pembayaran disahkan oleh pihak kami dan tertakluk kepada perubahan.
2. Penghantaran dilakukan menggunakan Pos Laju. Jika pelanggan memilih utk penghantaran dilakukan selain daripada PosLaju, pelanggan diminta memberitahu pihak kami terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
3. Produk telah dipastikan dalam keadaan terbaik sebelum penghantaran dilakukan.
4. Kami tidak menanggung segala kelewatan atau kerosakan atau kehilangan yang berlaku semasa penghantaran oleh pihak Pos Malaysia.


Polisi Pemulangan

1. Produk yang telah dijual adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan atau dituntut untuk pengembalian wang.
2. Jika berlaku kesilapan produk, pemulangan mesti dilakukan dalam tempoh 4 hari. Jika produk tidak diterima kembali selepas 4 hari, urusan akan ditamatkan serta-merta.
3. Jika pelanggan ingin menukar produk yang telah diterima dengan produk lain, pelanggan haruslah memberitahu sebab-sebab yang munasabah.
4. Segala kos penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan berkenaan.


PENTING : URUSAN JUAL BELI HANYA UNTUK PELANGGAN YANG SERIUS SAHAJA.
Sebarang perubahan terma dan syarat ini boleh dilakukan tanpa sebarang notis awal dan mengikut budi bicara pengendali laman web ini.


"SEMOGA ALLAH MEREDHAI URUSAN JUAL BELI KITA. INSYAALLAH"

No comments:

Post a Comment