saya menyaksikan sahabat saya bertunang bagai nak rak.
berkahwin bagai nak rak.
muka ada iras-iras.sama cantik sama padan.
tetapi sempat berkahwin hanya untuk beberapa bulan sahaja.
kenapa?
si perempuan menyatakan lelaki itu tidak bertanggungjawab kerana pinjam duit puluh2 ribu..memang banyak giler! boleh beli cash kereta lancer sebijik.
lelaki tu pulak tuduh perempuan tu biadab, fitnah , curang dll.
kalau dah diberi sekali, nak lagi kan?
pandai pulak mengajar suh keje kerajaan la,
suruh beli kereta bayar ansur-ansur la,
suruh pinjam duit dekat parents,
suruh pinjam duit dekat bank
perempuan ni buat je semua tuk laki tu.tapi ada lelaki tu pikir??
ada tak rasa kesian.kalau mengadu kata mengungkit.kata pentingkan diri.
tapi takkan nak buat derk je.
hutang sana-sini.biz sana-sini.yang bayar si perempuan tu.
katanya masih syg perempuan tu.
hakikatnya..mereka mungkin masih sayang menyayangi.
cuma sikap dalam diri tu membataskan kasih sayang mereka.
hal ini berlaku kerana lelaki tersebut pinjam duit dari zaman mereka bertunang lagi.
dan si perempuan ni la yang duk bayar potong gaji bulan-bulan
si lelaki ni pulak tak membayar langsung.
mentang mentang la si perempuan ni baik hati n gaji besar.
disebabkan itu, mungkin perempuan ini perlukan tempat mengadu
si lelaki beri nasihat dia taknak dengar.
saya perempuan dan saya tahu.
duit ya, mungkin segala-galanya.
kadang-kdang rasa cemburu tengok orang lain yang dibelanja suami.
terasa bodoh apabila kita je membelanja suami.
suami buat derk je.
kalau zaman kasih kekasih, kita mungkin memilih yang terbaik.
tapi bila dah kawen, terpaksa la bercerai kan?
kenapa berlaku?
si suami yang bertanggung jawab sepautnya membayar sedikit demi sedikit hutang tersebut.
tidak diterima jasad mayat seseorang yang berhutang.roh nya akan terawang-awangan.
cerita ni bukan dia sornag je yang hadapi.
memang rata-rata si suami yang suka berbisnes memang macam tu.
sedih.lelaki tu hanya jadikan perempuan tu batu loncatan.
ye, kalau fikir, teruk kan?
tapi mungkin di sebelah pihak lelaki dia hanya merancang apa yang terbaik untuk masa depan mereka.
disebabkan dia takde duit, dipinjam nya duit si tunang.
untuk hidup senang lenang.
masalah terjadi apabila kepercayaan dikhianati.
benda ni semua takkan terjadi kalau si lelaki tu bayar la 10ringgit sebulan paling cikai.
sekurang-kurangnya nampak la usaha dan tanggung jawab tu.
tapi bila di minta,sabar la, baru nak naik, belum ada duit
masa pinjam tu melutut bagai, berjanji bulan bintang.nak bayar bulan depan la.
ni dah masuk bulan depan bukan nak bayar hutang lama.
hutang baru pulak diminta.
disebabkan sayang, bagi la..
tapi berapa lama harus tunggu?????
bila mengadu dekat orang lain.bergaduh pulak.
ni semua pasal lelaki tu la.
sikap acuh tak acuh.ambil mudah.
semua orang ada perasaan.
ingin menunaikan cita-cita sendiri jugak.
kalau asyik nak bayar hutang orang.baik bercerai.ye dok?
kesimpulannya, jika hal ini bakal terjadi, atau telah terjadi kepada anda..
apa yang harus dibuat.
tak nak tolong.kesian.tolongla..tapi hanya untuk seketika.
mungkin boleh bagi pinjam.bukan bagi terus.
atau mungkin kalau diminta nya seibu.boleh dibagi sepuluh ringgit.
ambil la 10 ringgit ni..tak payah bayar..ok x?
yang lain cari sendiri.
tentukan masa.kalau liat nak bayar, jangan bagi lagi.
dan pengajaran untuk lelaki.
kalau sayangkan perkahwinan anda, tolongla bayar sikit-sikit.
kerana semua masalah berpunca dari duit.
kalau hang bayar seringgit sekalipun tiap minggu ke,bulan ke.
yakin la sikit si perempuan ni yang anda memang berniat nak bayar.
dan hubungan anda mungkin boleh diselamatkan.
sendiri mau ingat la bro! sebab tu bisnes tak maju-maju
sebab tu buat apa je tak menjadi
sebab tu.sebab duit.hang tak jaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia.
renungkan.ada silapnya.ada hutang .ada hati dilukai.
tolongla, bayar la sikit-skit.benda ni bukan hanya berlaku dekat pakwe makwe
boya pren, geli pren,
suami, isteri,
malah adik beradik pun macam tu.
sabar je la.peringatan ye, jangan berlembut sangat.dan yang lelaki tu jangan ambil mudah.
No comments:
Post a Comment