Baik wanita mahupun lelaki, kesihatan tubuh badan dan penampilan yang menarik adalah faktor utama dalam menonjolkan diri dikhalayak ramai. Namun keadaan tumit kaki yang merekah, kering dan mengelupas akan menjejaskan penampilan dan keyakinan diri seseorang. Selain kecantikan kulit, tumit kaki juga memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penjagaan tubuh yang sempurna. Pelbagai produk di pasaran kini, lebih menekankan kehalusan dan kelicinan kulit tubuh dengan meringankan soal kesihatan tumit kaki, kerana tumit kaki boleh disembunyikan disebalik kasut yang bertutup atau dengan memakai sarung kaki. Justeru itu penjagaan tumit kaki ini kurang diambil peduli.
Di sini terdapat beberapa kaedah penjagaan tumit kaki yang mudah :
#1-Labu Siam
Potong labu menjadi beberapa bahagian hingga labu tersebut mengeluarkan getah putih. Kemudian bersihkan tumit kaki dan sapu getah tersebut pada tumit. Tunggu hingga kering, bilas menggunakan air dan lap menggunakan tuala bersih.
#2-Alpukat
Alpukat banyak mengandung vitamin E yang terkenal sangat baik untuk perawatan kulit. Cukup menggunakan isi buahnya yang sudah haluskan dan dijadikan scrub. Kemudian gosokkan pada tumit kaki yang kering. Tunggu kurang lebih 20 minit lalu bersihkan menggunakan air hingga bersih. Sangat baik jika dilakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimun. Boleh juga dicampur dengan pisang ketika membuat scrub. Cara penggunaannya masih sama seperti diatas.
#3-Pisang atau Timun
Haluskan pisang Cavendish (sebiji sudah memadai) hingga menjadi seperti krim. Kemudian sapukan pada tumit yang kering. Tunggu sekitar 10-15 minit, kemudian bilas tumit menggunakan air suam, lalu rendam kaki dalam air sejuk sebentar. keringkan. Ulangi kaedah yang sama sekiranya menggunakan timun.
#4-Minyak Sayur
Minyak sayur yang dimaksudkan adalah minyak minyak kelapa, wijen atau minyak zaitun. Gosok tumit dan kaki menggunakan batu apung (batu sungai) kemudian bilas. Sapukan minyak sayur tadi pada tumit yang kering kemudian pakai sarung kaki yang bersih. Perawatan ini sangat baik dilakukan pada malam hari sebelum tidur.
#5-Garam dan Kelapa Parut
Parut kelapa hingga teksturnya sedikit kasar kemudian campurkan satu sudu teh garam kedalamnya. Gaul rata, lalu cukup dengan mengosokkan campuran tadi pada tumit kering yang sudah dibersihkan. Kemudian bersihkan menggunakan air. Cara mengatasi tumit pecah-pecah yang satu ini cukup dilakukan tiga kali dalam satu minggu pada waktu malam.
#6-Campuran Garam dan Baby Oil
Caranya, campurkan 5 gelas air dan satu gelas kecil susu cair. Rendam kaki selama 15 minit, kemudian angkat dan keringkan dengan tuala bersih.
Sapukan losyen dari campuran empat sudu garam atau gula dengan setengah sudu baby oil. Haluskan telapak kaki dan tumit dengan batu apung (batu sungai), kemudian bilas dengan air dan keringkan. Sebelum tidur, gunakan minyak zaitun pada kawasan tumit dan telapak kaki untuk menjaga kelembapan dan kelembutannnya.
#7-Campuran Tepung Beras dan Madu
Campuran ini mampu menghilangkan kulit mati di tumit, menghaluskan dan melembutkan tumit kaki. Caranya, campurkan 2-3 sudu makan tepung beras, madu dan cuka epal sehingga menjadi krim. Tambahkan satu sudu minyak zaitun apabila keadaan tumit yang pecah-pecah sudah teruk. Kemudian rendam kaki dengan air suam sambil digosok dengan krim tersebut.
Selain daripada kaedah yang dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa kaedah secara tidak langsung yang lain seperti :
- Gunakan pelembab atau losyen dengan kerap ketika melakukan sebarang aktiviti.
- Rendam kaki dalam air sejuk atau suam setiap kali sebelum tidur.
- Gunakan sarung kaki yang bersih dan dari bahan yang menyerap lembapan dan peluh.
- Jangan menghakis atau mencabut kuping-kuping tumit kaki yang kering.
- Jangan memaki kasut yang terlalu sempit, tinggi atau bertapak keras.
- Digalakkan memaki kasut walaupun di dalam rumah bagi mengelakkan debu-debu di lantai.
- Gosok tumit kaki setiap kali mandi.
Walaupun tumit bukanlah masalah utama dalam penampilan diri, namun sebagai hamba yang menghargai ciptaan Yang Maha Esa, maka manfaatkan semua pemberian yang telah diamanahkan dengan baik. Kerosakan di bahagian tumit kaki akan menyebabkan bakteria yang menumpang di situ akan membiak dan merebak ke seluruh tubuh. Oleh itu, digalakkan membasuh atau merendam kaki dalam air suam sebelum tidur. Tidur tanpa mencuci kaki disinonimkan akan mendapat mimpi buruk atau gangguan sewaktu tidur, tetapi apa yang sebenarnya, masyarakat kita diajar supaya tidur dalam kedaan yang bersih dengan mencuci bahagian yang paling kotor, iaitu, kaki.
kesimpulannya..gunalah stokin sandy :)
No comments:
Post a Comment