menjual tudung mesir bidang 60, tudung syubagi mesir, stokin sandy, stokin tangan donna, bedak arab kokryu, dan lain-lain
Thursday, 11 September 2014
stokin
Maka disebabkan jam dah menunjukkan pukul 2 petang dan aku akan lewat tiba di kedah..maka aku pun bergegas mencari sarung kaki.Untuk spare je. Terjumpa la sepasang sarung kaki di atas rak. Lalu aku mengambilnya. Bila pakai...mak aih..dengan nipis nye..tak fit nye..semua tak kena..bila aku pakai je terus nampak selekeh. Apa ingat sarung kaki pun takde selekeh2 ke..ada la.sebab apa tau, ianya besar dan lebih je dari kaki. bila pakai rasa macam pakai kaki itik yang buat pergi snorkling tu..haish.Bila nak buka kasut masuk rumah orang terus jadi tak konfiden.. yela ..nampak hodoh je..kalau ambil gambar terpaksa kena masukkan kaki dalam kain. kalau pakai seluar aku ambik la gaya silang kaki tu..sebab nak cover punya pasal.nak basuh pun kena hati-hati.dah la x serap peluh.aduyai.tak faham aku.
Mujur la aku ada banyak stok stokin sandy. stokin ni senang..nak basuh mesin pun boleh, basuh guna berus tajam pun boleh,selesa.serap peluh, fit dengan kaki dan nampak cantik je..aku yang jarang-jarang pakai stokin ni pun dah jadi suka dan wajib pakai bila nak keluar.rasa cantik sangat kaki tu nak-nak bila pakai dengan kasut. lagi-lagi kasut warna hitam. sekarang ni ada 4 warna je tinggal.cepat sebelum kehabisan stok!
Friday, 29 August 2014
Siapa warga alor star?
Besok kami akan ke alor star!
Kepada warga alor star yang nak cod barang2 boleh la sms 0139977918 dengan segera ye!
_Borong handsocks 3 psg rm 10 minima 30 pasang
_borong sarung kaki rm 4 minima 20 pasang
Handsocks berwarna warni dan sarung kaki hanya tinggal 3 warna shj!
Dapatla anda berjimat wang pos.betul kan?tempah sekarang.kalau esok baru nak order tak dapat la.kami bertolak pagi2 lagi.
Thursday, 28 August 2014
We are in kedah
We are in kedah!
Berita baik untuk pemborong atau pembeli stokin, handsocks dan tudung kami!
Tudung mesir, double face dan cotton corak bidang 55 dan 60 kini berada di kedah.
Dulu kalau nak cod hanya di kl, serdang atau terengganu.
Sekarang ianya di kedah.beroperasi di kulim.
Jadi amatla senang untuk warga penang atau kedah nak berkunjung, pilih sendiri dan rasa jenis kain yang amat la best dan berkualiti ni.
Tahan lasak, boleh masuk mesin dan paling best tak payah gosok.
Tuesday, 20 May 2014
Ego
Setiap orang ada ego masing-masing.apa yang membezakan adalah banyak dengan sikit je.bila lelaki dan perempuan bergaduh.mesti perempuan yang kena mengalah kan?lelaki ni ada ego yang tinggi.
Kenapa nak ikutkan sangat ego tu ye?bagi saya mengalah bukan bermakna kalah.tetapi tanda orang yang bijaksana.
Ego pun ada level dia jugak.ada tahap ab tahap b tahap c.ala , macam main game je kan.beginner , intermediate, expert.
Kalau lelaki, susah betul nak minta maaf kalau gaduh.penat je la kalau perempuan tu wat muka ke.marah marah ke.dia takkan minta maaf.dia pujuk.tapi perkataan tu tak keluar kan?
Mungkin bagi mereka (lelaki) ianya bukan salah mereka.perempuan tu je yang lebih-lebih.
Dah tu boleh pulak buat macam takde benda yang berlaku.biasa dalam huhungan cinta.perempuan tu merajuk tahap nak putus tau.seminggu pendam perasaan.siap baling simkad ag.siap buang nombor.siap delete nombor.block.masukkan dalam kategori reject call.
Kalau guna henset nokia lama tu.masuk dalam screen message.
Bercakap pasal screen mesej ni.kalau ye taknak diganggu.sila masukkan dua nombor si dia ye.1)direct number contoh..0123456789
2) +60123456789..MEMANG kena letak dua nombor.sebab kalau lerak nombor 1 je.anda akan berpeluang untuk menerima sms darinya lagi. Kalau letak nombor 2 je anda berpeluang menerima panggilan hangit darinya.oleh itu, letak dua-dua.
Tapi.biasa la.walaupun dah block nombor tapi selalu je kan.tiap saat pergi cek kot2 ada mesej dari si dia hahahha.
Konon la sangat taknak baca meseh dia.tapi alih2 jadi tak sabar pulak.
Untuk henpon samsung note2 ni sy dah pernah try tapi belum menjadi lagi.hehe.ada la tu tak kena setting.leceh.ok sambung cerita tadi.
Lepas baik-baik semula boleh dia buat macam tak pernah gaduh.padahal perempuan tu baik2 pun setiap masa duk teringat apa yg dah berlaku.tunggu masa sesuai je nk tu balik macam mana dan kenapa ianya berlaku.huh.
Itula.kadang2 tak paham jugak.bukan dengan lelaki perempuan.sama jantina pun susah sangat nak sebut maaf.kadang kadang kantoi menipu ke..kantoi guna brg tanpa izin atau terang2 bersalah.masih nak cover n defend diri sendiri lagi.susah tul la nak mintak maaf.haish.
Walaubagaimana pun..antara salah faham saya dan pasangan.saya mesti memilih ego saya.walaupun ego saya tahap s punye.sebab saya tau hanya ego saya je boleh diterima pakai.
P/s: lepas baik baik tu.buang la balik no dr sceen list tu.pernah saje je try nk buat dengan rumate apa effect kalau number kita kena screen.last2 dia x dapat kontek kita.kita tak dapat kontek dia.ha.tu la.lepas try tu buang la balik.ubah balik setting.ni idok.hahhaha.
Thursday, 10 April 2014
trust no one
engkau lagi mengetahui
Tuhan masih sayangkan silaturrahim antara insan.
Terima kasih tuhan atas luahan hati yang hanya engkau selayaknya mendengar.
Terima kasih tuhan kerana mengatur setiap sesuatu urusan sebaiknya.
Terima kasih tuhan kerana tidak menambahkan lagi kebencian di hati pembenci.
Terima kasih tuhan kerana tidak
Pernah membuatkan dosa itu berbau atau menyala.justeru tiada sesiapa yang mengetahui.
Terima kasih tuhan kerana setiap perbuatan ku dikira pahalanya.
Terima kasih tuhan kerana tidak mencari salahku. Malah dihapuskan dengan kebaikan walau sebesar zarah dihitungNya walaupun aku lah manusia paling jahat.
Terima kasih tuhan
Alhamdulillah.
Saturday, 15 March 2014
Natural yougurt from iran
Hye.saya seperti biasa apabila ke kedai arab akan membeli samada jus ataupun air kotak susu.abg saya lagi la, beli kotak besar jus mangga berkotak2.stok berapa bulan agaknya?
Kenapa beli dekat situ?kerana air jus nya betul-betul asli.memang tanpa pengawet bagai.cuba la air jus mangga.sebijik rasa mangga.
Kalau anggur merah rasa macam blackcurrant gitu.bagi saya yang x suka masam -masam ni saya lagi memilih susu sebagai minyak pelincir kerongkong ini.pernah minum air jus cranberry .memang pekat masam manis .rasa macam nak tambah air masak je.terlampau pekat dan masam sedikit.
Susu dia memang kow2..bukan cow2.saya tak pasti air susu unta ke,kerbau ke.tapi rasanya lembu kot.ada ke lembu kat sana ye?hehe.
Rasanya..mula2 teguk macam x boleh telan.sebab pekat yang amat.kali pertama saya cuba adalah susu pisang.memang kow2 rasa pisang.dan susu dia rasa lain sikit.tak sama macam susu malaysia yang manis dan lemak berkrim tu kan.yang import dati negara arab tu rasa susu yang pekat tambah rasa buah2 yang ori.boleh bayang x nikmat dia?lebih sedap dari dutch lady dan lagi nikmat dari milkshake secret recipe.
Yang susu ni pulak ada susu madu,susu coklat,susu strawberi,susu pisang,susu mangga, dll. Bagi yang tak minum susu anda memang tak boleh kot nak bau atau rasa.he.
Berbalik kepada cerita tadi.saya seperti biasa akan memilih susu dari jus.tengah duk nak ambil tu, ternampak la yogurt asli lebanon kot..ke yabani..yabani rasanya.yogurt kan best jugak.so beli la satu.masa tgh minum tu..masha allah.rasanya memang super duper hampeh! Ee.bagi budak2 pun mesti taknak minum.langsung x sama macam calcium,dan apa ntah nama produk yogurt ni.
Masam yang amat dan masin.rasa macam susu basi.saya pun turun la balik ke kedai tadi.cakap la yang susu ni mungkin x elok.dia ckp baru sampai td.mana mungkin x elok.dia explain la yang memang rasanya lain.x manis.masin n masam.kena makan dengan roti bg sedap.err.saya pun nak beli la susu coklat.dia cakap jangan membazir.suh gak sy hbskan.disebabkan dia menolak rezeki yang saya nak tambah belian, saya pun beransur pergi dengan husnulzon.memang x leh minum.walaupun saya ni peminat yogurt.
*kok ye pun asli, tambah la perasa ke, gula ke bagi manis.yogurt yang tokki beli dari org kampung yang dibuat dalam buluh lagi sedap*
P/s:walaupun rasanya dan baunya sama dengan susu basi,namun anda DILARANG sama sekali untuk meminum susu basi.@__@
Wednesday, 19 February 2014
Petua Melayu Lama Untuk Cepat Dapat Anak
1. Al-Fatihah
2 Al-Anbiya’ : Ayat 30
3. Al-Anbiya’ : Ayat 89
4. Ali-Imran : Ayat 38
5. Berdoa
Bahan-Bahan:
1. Air Hujan malam Jumaat atau
2. Kelapa Muda 3 biji, Kismis 1 atau 2 kilo, dan susu lembu segar (1 liter)
Dibacakan ayat serta doa kepada bahan tersebut. Air hujan malam Jumaat dibuat minum dan mandi bagi pasangan. Jika anda guna kelapa muda, isteri perlu meminum air kelapa muda selama 3 hari berturut-turut. Suami pula memakan campuran kismis dan susu segar yang telah dimasak menjadi umpama makjun untuk dimakan sedikit sebelum tidur.
macam mana nak tengok filem/ show di astro ?
bsyok best.cerita tayang tak sampai sejam dah upload.laju betul.filem ke, drama ke, pilih je bahasa apa, cerita apa , semua ada. macam saya yang duduk di asrama yang takde tv ni..guna saluran macam ni la nak tengok tv atau apa-apa anugerah..hehe
bsyok i ada juga yang tak best.asal tersentuh sikit, mesti keluar iklan..memang serabut.huhu.
kemas bilik
CINCIN
masalah pelupa ni asyik menjadi-jadi..apakah????