Wednesday 19 February 2014

CINCIN

saya dari dulu lagi memang teringin nak pakai cincin.lepas puas keluar masuk kedai nak beli cincin selama setahun, tapi tak beli-beli jugak!..akhirnya hasrat utuk memiliki cincin tercapai. ada jejaka yang sudi memberi cincin sebagai tanda lamaran.hoyey!pilih punya pilih..saya bersetuju untuk memilih cincin 916 yang harga nya lebih murah dari platinum atau berlian. kebanyakan cincin batu ada juga disalut emas tetapi emas tu bukan la 916.ianya 715 kalau tak silap.sebab tu kita tengok harga dia dah letak siap-siap sebab tak perlu ikut harga semasa. lawa memang lawa.tapi saya bukanya jenis sentimental value. tapi saya pilih yang valuable.

saya suka cincin yang besar-besar.macam datin-datin.hehe.walupun pandang macam bibik je.huh!cincin saya murah je, tak ribu riban.tapi saya suka sangat! masa majlis pertunangan tu, dapat la saya memakai cincin tu.sepatutnya dihulur tangan kanan, tapi takde pun orang bagitau.saya hulur je tangan kiri. rasa sedikit longgar.dah kurus sikit kot.he.selesai majlis saya pakai la dijari kanan sebab makcik saya bagitau.selalu saya pakai.buat keje rumah, basuh pinggan magkuk, masak, setiap masa la pakai. mak saya pesan la jangan pakai selalu .sayang cicin tu.

sejak itu bila nak basuh pinggan saya cabut,.dan seperti biasa la saya yang leka dan pelupa ni mesti ada buat silap. ada satu hari tu, masa saya bermalam di rumah makcik, saya siap-siap nak balik upm.dah siap semua kemas umah makcik dan barang saya, teringat la ak pergi buat pegesahan cap jari. sampai je dekat jpn tu, dekat je pun,jalan kaki boleh sampai.akak kaunter tu cakap cip pun rosak.adeh.kena la buat ic baru.bila beratur, akak tu cakap siap 2 minggu.kalau nak cepat amik lusa kat putrajaya.akak kaunter cakap esok.huh.saya pun cancel la buat.dia cakap kalau nak siap dalam masa 2 jam pergi kat dutamas. keesokannya pergi la dekat jalan dutamas tu.terus buat ic baru walaupun dia cakap kejap ok kejap tak cip tu.tapi bukan 2 jam..bukan 2 minggu siap..tapi 2BULAN. sebab saya ada masalah cap jari rosak.penat je pergi jauh-jauh.

oh, berbalik cerita cincin tu.masa dekat jpn puchong, saya patah balik ke rumah makcik sebab cincin tertinggal atas meja.huhu.apa la.dan hari ni..lagi sedih....cincin tertinggal dekat rumah abang pulak.dan masih belum dijumpai. Semoga cincin tu dapat balik Ya Allah..T_T..tak tau letak mana..dah puas cari dalam biik, stor, dapur, bilik air, poket seluar sampai la dalam vacuum.waaa...saya perasan cincin tu masa mandi longgar sebab kena sabun,tapi takkan la ganas betul syampu rambut sampai tak perasan cincin jatuh.kalau jatuh pun mesti bunyi..ye tak?

masalah pelupa ni asyik menjadi-jadi..apakah????

No comments:

Post a Comment