Rumah menurut ajaran Islam dan rumah menurut Al-Qur’an pula adalah sebagai sumber ketenangan. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala yang ertinya :”Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat ketenangan.”
Amalan-amalan yang digalakkan apabila menduduki rumah baru atau tempat baru adalah seperti yang berikut:
- Solat berjemaah dan azan.
Rumah yang baru di beli atau di duduki eleklah dilakukan solat jemaah dikalangan ahli keluarga. Mulakan dengan laungan azan untuk melakukan solat fardu ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi banggunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis. Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah banggunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tiada penghuni ) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
- Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud,” Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Muslim dan Nasai)
- Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasullulah SAW juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al- Quran di dalam rumah atau banggunan yang baru diduduki. BAginda bersabda yang bermaksud “ Sinarilah rumahmu dengan memeperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis riwayat Baihaqi)
- Baca Zikir
- Baca zikir al-Mathurat kubra setiap pagi (selepas subuh) dan petang (selepas asar atau maghrib) amalan ini bukan untuk menduduki rumah baru sahaja tetapi amalan harian yang sunat dituntut untuk dibacakan setiap hari pagi dan petang. InsyaAllah jin kafir dan syaitan akan menjadi lemah untuk menggida dan mengganggu pengamalnya yang sentiasa membaca zikir al-mathurat
Atau
- Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhloas- Amalkan membaca surah yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau banggunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat kursi sekali, tetapi di ayat tterakhir bacalah sebanyak 7 kali.
- Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau banggunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang boleh dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
- Baca surah yassin sekali dan sediakan air satu bekas kemudian ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Amlan ini adalah amalan masyarakat Islam untuk menghalang daripada gangguan jin. Setiap ayat al-Quran yang dibacakan ke atas air aka nada gelombang yang baik dan laju dan amat dibenci oleh makhluk ghaib seperti jin dan syaitan.”…Surah Yassin adalah qalbul Quran (jantung atau hati Al-Quran), tidaklah seseorang membacanya kerana mengharap keredhaan Allah dan negeri akhirat (syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antaranya kamu.”(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni,al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).
- Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah sekali, ayat kursi sekali, surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) sekali. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum
jom lihat pelbagai pilihan rumah yang menarik!!!
(Sumber: Pelanbanglo.com)
No comments:
Post a Comment