okay, saja nak share dengan anda semua pengalaman saya buat bisnes jual beli rumah.
Pada suatu hari, saya ternampak dalam group whatsapp tentang seorang penjual mahu jual rumahnya di padang serai, kedah. saya cuba menjual nya berkali-kali namun tiada siapa yang berminat. Maklum la, rumah dalam keaadaan asal, dengan kesan tampalan sana-sini. Kemudian, setelah berbincang dengan husband, kami bersetuju untuk membeli rumah tersebut, ubah suai dan jual balik.
Memandangkan saya bekerja di Perak, maka urusan jual beli hanya suami yang uruskan.Dapat la rumah tersebut dengan syarat bayar tunai dalam masa 5 bulan. Pengalaman pertama ni untuk beli rumah dan jual balik. En. Mat (bukan nama sebenar) menawarkan rumah corner lot juga kepada kami. Rumah dia dua biji,corner lot dia duduk. Katanya siapkan yang sebelah dulu, tapi deposit 10% kena bayar dua-dua.
Tembok untuk corner lot kami dah buat, walaupun owner masih tak keluar. Perjanjian bulan Januari tahun lepas, rumah siap dan dapat pembeli pada bulan Mac. Memandangkan kami masih bekerja, maka tidak dapat memberi 100% komitmen. Semasa menandatangani perjanjian, En Mat kata tak perlu perbaharui perjanjian. Tetapi hal sebaliknya berlaku apabila di mulut lain, di kertas lain. Dia ingin membatalkan perjanjian tersebut kerana kami telah melebihi tempoh, di mana tunai tidak dapat diberikan.
Loan owner adalah LPPSA iaitu pinjaman kerajaan.mana logik pinjaman kerajaan dapat setel dalam masa 5 bulan?ditambah pula dengan pembeli dapat membeli rumah pada bulan 3, maka paling cepat kes boleh setel adalah pada bulan OGOS. Perjanjian tamat pada MAY. Memang tak logik. Kebetulan Peguam langsung tidak berfungsi. Sepatutnya peguam cakap perjanjian ini tidak logik. Tetapi boleh pula dia jawab "saya tidak tahu, ini antara kamu dan penjual". Nak tukar peguam, dia tak bagi. Saya cakap okay, saya akan pecahkan semua yang saya dah buat.Pandai-pandai la penjual tu buat balik.
Lawyer memujuk, supaya sambung perjanjian, dan ikut apa yang penjual minta. Penjual meminta saya bayar semua baki hutang dia di LPPSA, bayar semua cukai pintu , cukai tanah, tnb dll bil. Akhirnya, setelah dikira, harga rumah yang saya beli melebihi perjanjian! Memang gila.Tetapi tak mahu keruhkan keadaan, perjanjian diteruskan.
En Mat siap cakap lagi, kalau corner lot dia akan keluar bulan 12,dan masa nak ambil kunci, kena bayar cash/tunai semua sekali duit rumah tu.Sekali lagi tak logik.Mana ada orang beli tunai bayar seketul. Step by step la.Dah habis satu-satu proses baru bayar la.Ni tak. Dia kata kalau tak setuju, rumah yang saya reno tu dia nak batalkan perjanjian, (jadi saya reno free dan buyer saya dia ambil). Saya boleh je nak batalkan dengan syarat saya hancurkan apa yang saya buatla. Lawyer nak duit dia, maka lawyer cakap setuju saja la, kes dah nak habis.(padahal yang lambat adalah owner dan lawyer).
Maka saya bersetuju la,untuk bayar harga rumah lebih dari perjanjian. Masa bulan 12, owner kalut mesej, lawyer kalut mesej dan call, siap cakap ada masalah boleh bincang. Sebab diorang nak cash! Tetapi memandangkan rumah sebelah dah setel, tinggal corner lot je untuk dibayar tunai, maka kami cakap maaf, takde duit la na beli. maka deposit kami BURN RM 20,000.
Mana Logik nya, kena beli cash tak boleh ansur-ansur, jual rumah mahal,belakang loji pula. Kami fikir, duit nk beli dan reno rumah tu baikla buat beli rumah lain.
Penjual adalah seorang jurutera yang dah biasa jual beli rumah,maka dia boleh la mainkan kami yang baru nak belajar ni. Dia boleh je jual kat orang lain buat loan, sanggup tunggu berpuluh-puluh orang datang, try loan tak lepas dan lain-lain, tetapi dengan kami nak tunai.Untung dia jerat kami, rumah sebelah dapat untung, rumah corner lot dapat untung! Syarat tak masuk akal.
Patut la hidup dia tak senang pun, asyik tersontot duit. Muka nampak baik, tapi dia punya licik dan busuk hati.Huuhuhu. Sebab tu la kebanyakan orang tak mahu loan kerajaan. Sebab memang lama. Macam kes dia, dia tahu takkan setel dalam masa 5 bulan sebab tu dia buat perjanjian pelik. Dan lawyer tu pun saya tak pakai, sebab patut lawyer advise la apa yang patut apa yang tak kan?
No comments:
Post a Comment