Wednesday, 19 February 2014

Petua Melayu Lama Untuk Cepat Dapat Anak

Doa Yang Perlu Dibaca:

1. Al-Fatihah
2 Al-Anbiya’ : Ayat 30
3. Al-Anbiya’ : Ayat 89
4. Ali-Imran : Ayat 38
5. Berdoa

Bahan-Bahan:

1. Air Hujan malam Jumaat atau
2. Kelapa Muda 3 biji, Kismis 1 atau 2 kilo, dan susu lembu segar (1 liter)

Dibacakan ayat serta doa kepada bahan tersebut. Air hujan malam Jumaat dibuat minum dan mandi bagi pasangan. Jika anda guna kelapa muda, isteri perlu meminum air kelapa muda selama 3 hari berturut-turut. Suami pula memakan campuran kismis dan susu segar yang telah dimasak menjadi umpama makjun untuk dimakan sedikit sebelum tidur.

macam mana nak tengok filem/ show di astro ?

kalau ada astro untung la boleh tengok maharaja lawak mega kan..kalau takde mana nak cari?you tube takkan keluar punya.saya suggest tengok dekat gua tv.com atau bsyok. http://bsyokmovies.blogspot.com/

bsyok best.cerita tayang tak sampai sejam dah upload.laju betul.filem ke, drama ke, pilih je bahasa apa, cerita apa , semua ada. macam saya yang duduk di asrama yang takde tv ni..guna saluran macam ni la nak tengok tv atau apa-apa anugerah..hehe

bsyok i ada juga yang tak best.asal tersentuh sikit, mesti keluar iklan..memang serabut.huhu.

kemas bilik

fuh..penat kemas bilik..dah banyak buat balik..tapi rumate banyak tinggal barang.so.terpaksa la kemaskan katil dia.buang barang yang tak guna dan simpan barang yang elok.so mata saya tak skit lagi.senang nak study sebabdah tak ampak barang bawah katil atau sepah-sepah.uhh..tak sabar nak balik rumah nak bawa balik sikit-sikit barang yang tak perlu..almaklum la, buka sem ni pergi tambahpulak koleksi baru..so barang bertambah la..huhu..

tudung bidang 60 cotton dah kembali

memang susah betul nak jumpa kan?inbox utuk order

CINCIN

saya dari dulu lagi memang teringin nak pakai cincin.lepas puas keluar masuk kedai nak beli cincin selama setahun, tapi tak beli-beli jugak!..akhirnya hasrat utuk memiliki cincin tercapai. ada jejaka yang sudi memberi cincin sebagai tanda lamaran.hoyey!pilih punya pilih..saya bersetuju untuk memilih cincin 916 yang harga nya lebih murah dari platinum atau berlian. kebanyakan cincin batu ada juga disalut emas tetapi emas tu bukan la 916.ianya 715 kalau tak silap.sebab tu kita tengok harga dia dah letak siap-siap sebab tak perlu ikut harga semasa. lawa memang lawa.tapi saya bukanya jenis sentimental value. tapi saya pilih yang valuable.

saya suka cincin yang besar-besar.macam datin-datin.hehe.walupun pandang macam bibik je.huh!cincin saya murah je, tak ribu riban.tapi saya suka sangat! masa majlis pertunangan tu, dapat la saya memakai cincin tu.sepatutnya dihulur tangan kanan, tapi takde pun orang bagitau.saya hulur je tangan kiri. rasa sedikit longgar.dah kurus sikit kot.he.selesai majlis saya pakai la dijari kanan sebab makcik saya bagitau.selalu saya pakai.buat keje rumah, basuh pinggan magkuk, masak, setiap masa la pakai. mak saya pesan la jangan pakai selalu .sayang cicin tu.

sejak itu bila nak basuh pinggan saya cabut,.dan seperti biasa la saya yang leka dan pelupa ni mesti ada buat silap. ada satu hari tu, masa saya bermalam di rumah makcik, saya siap-siap nak balik upm.dah siap semua kemas umah makcik dan barang saya, teringat la ak pergi buat pegesahan cap jari. sampai je dekat jpn tu, dekat je pun,jalan kaki boleh sampai.akak kaunter tu cakap cip pun rosak.adeh.kena la buat ic baru.bila beratur, akak tu cakap siap 2 minggu.kalau nak cepat amik lusa kat putrajaya.akak kaunter cakap esok.huh.saya pun cancel la buat.dia cakap kalau nak siap dalam masa 2 jam pergi kat dutamas. keesokannya pergi la dekat jalan dutamas tu.terus buat ic baru walaupun dia cakap kejap ok kejap tak cip tu.tapi bukan 2 jam..bukan 2 minggu siap..tapi 2BULAN. sebab saya ada masalah cap jari rosak.penat je pergi jauh-jauh.

oh, berbalik cerita cincin tu.masa dekat jpn puchong, saya patah balik ke rumah makcik sebab cincin tertinggal atas meja.huhu.apa la.dan hari ni..lagi sedih....cincin tertinggal dekat rumah abang pulak.dan masih belum dijumpai. Semoga cincin tu dapat balik Ya Allah..T_T..tak tau letak mana..dah puas cari dalam biik, stor, dapur, bilik air, poket seluar sampai la dalam vacuum.waaa...saya perasan cincin tu masa mandi longgar sebab kena sabun,tapi takkan la ganas betul syampu rambut sampai tak perasan cincin jatuh.kalau jatuh pun mesti bunyi..ye tak?

masalah pelupa ni asyik menjadi-jadi..apakah????

Tuesday, 24 December 2013

stokin 25dec2013

alhamdulillah permintaan nak orong stokin mesir dan handsocks meningkat.tadi tengah kira customer order, bilang punya bilang..ada 7 pasang je lagi stokin kaki..tu pun ada orang nak!

tapi jangan risau..
kami ada agen-agen di bawah kami.
pm je nak warna apa?
nanti boleh beli dengan mereka:)
stok dengan mereka pun terhad!

stokin lebih kurang 51 pasang lagi dengan mereka.
memang laku.ye la, benda elok kan.

tapi  bukan dengan orang yang sama.
orang lain-lain. jadi, kalau nak order banyak tu tak dapat la.
Bilangan tu anggaran sahaja.mungkin berkurang.

kalau nak handscocks donna crystal
warna yang availale kelabu, putih, hitam dan coklat.

ada yang tanya handsocks tebal, ada..yang guna untuk mesin rumput, bawa kereta, bawa motor, bersukan. Nak yang macam mana?boleh masukkan jari atau tidak?
pilihan di tangan anda.

pm untuk gambar dan details:)hanya di Nurul Gorgeouscloset

tips elak kaki dari pecah




Baik wanita mahupun  lelaki, kesihatan tubuh badan dan penampilan yang menarik adalah faktor utama dalam menonjolkan diri dikhalayak ramai. Namun keadaan tumit kaki yang merekah, kering dan mengelupas akan menjejaskan penampilan dan keyakinan diri seseorang. Selain kecantikan kulit, tumit kaki juga memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penjagaan tubuh yang sempurna. Pelbagai produk di pasaran kini, lebih menekankan kehalusan dan kelicinan kulit tubuh dengan meringankan soal kesihatan tumit kakikerana tumit kaki boleh disembunyikan disebalik kasut yang bertutup atau dengan memakai sarung kaki. Justeru itu penjagaan tumit kaki ini kurang diambil peduli.
Di sini terdapat beberapa kaedah penjagaan tumit kaki yang mudah :
#1-Labu Siam
Potong labu menjadi beberapa bahagian hingga labu tersebut mengeluarkan getah putih. Kemudian bersihkan tumit kaki dan sapu getah tersebut pada tumit. Tunggu hingga kering, bilas menggunakan air dan lap menggunakan tuala bersih.
#2-Alpukat
Alpukat banyak mengandung vitamin E yang terkenal sangat baik untuk perawatan kulit. Cukup menggunakan isi buahnya yang sudah haluskan dan dijadikan scrub. Kemudian gosokkan pada tumit kaki yang kering. Tunggu kurang lebih 20 minit lalu bersihkan menggunakan air hingga bersih. Sangat baik jika dilakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimun. Boleh juga dicampur dengan pisang ketika membuat scrub. Cara penggunaannya masih sama seperti diatas.
#3-Pisang atau Timun
Haluskan pisang Cavendish (sebiji sudah memadai) hingga menjadi seperti krim. Kemudian sapukan pada tumit yang kering. Tunggu sekitar 10-15 minit, kemudian bilas tumit menggunakan air suam, lalu rendam kaki dalam air sejuk sebentar. keringkan. Ulangi kaedah yang sama sekiranya menggunakan timun.
#4-Minyak Sayur
Minyak sayur yang dimaksudkan adalah minyak minyak kelapa, wijen atau minyak zaitun. Gosok tumit dan kaki menggunakan batu apung (batu sungai) kemudian bilas. Sapukan minyak sayur tadi pada tumit yang kering kemudian pakai sarung kaki yang bersih. Perawatan ini sangat baik dilakukan pada malam hari sebelum tidur.
 #5-Garam dan Kelapa Parut
Parut kelapa hingga teksturnya sedikit kasar kemudian campurkan satu sudu teh garam kedalamnya. Gaul rata, lalu cukup dengan mengosokkan campuran tadi pada tumit kering yang sudah dibersihkan. Kemudian bersihkan menggunakan air. Cara mengatasi tumit pecah-pecah yang satu ini cukup dilakukan tiga kali dalam satu minggu pada waktu malam.
#6-Campuran Garam dan Baby Oil
Caranya, campurkan 5 gelas air dan satu gelas kecil susu cair. Rendam kaki selama 15 minit, kemudian angkat dan keringkan dengan tuala bersih.
Sapukan losyen dari campuran empat sudu garam atau gula dengan setengah sudu baby oil. Haluskan telapak kaki dan tumit dengan batu apung (batu sungai), kemudian bilas dengan air dan keringkan. Sebelum tidur, gunakan minyak zaitun pada kawasan tumit dan telapak kaki untuk menjaga kelembapan dan kelembutannnya.
#7-Campuran Tepung Beras dan Madu 
Campuran ini mampu menghilangkan kulit mati di tumit, menghaluskan dan melembutkan tumit kaki. Caranya, campurkan 2-3 sudu makan tepung beras, madu dan cuka epal sehingga menjadi krim. Tambahkan satu sudu minyak zaitun apabila keadaan tumit yang pecah-pecah sudah teruk. Kemudian rendam kaki dengan air suam sambil digosok dengan krim tersebut.
Cara Atasi Tumit Pecah-2
 Selain daripada kaedah yang dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa kaedah secara tidak langsung yang lain seperti :
  • Gunakan pelembab atau losyen dengan kerap ketika melakukan sebarang aktiviti.
  • Rendam kaki dalam air sejuk atau suam setiap kali sebelum tidur.
  • Gunakan sarung kaki yang bersih dan dari bahan yang menyerap lembapan dan peluh.
  • Jangan menghakis atau mencabut kuping-kuping tumit kaki yang kering.
  • Jangan memaki kasut yang terlalu sempit, tinggi atau bertapak keras.
  • Digalakkan memaki kasut walaupun di dalam rumah bagi mengelakkan debu-debu di lantai.
  • Gosok tumit kaki setiap kali mandi.
Walaupun tumit bukanlah masalah utama dalam penampilan diri, namun sebagai hamba yang menghargai ciptaan Yang Maha Esa, maka manfaatkan semua pemberian yang telah diamanahkan dengan baik. Kerosakan di bahagian tumit kaki akan menyebabkan bakteria yang menumpang di situ akan membiak dan merebak ke seluruh tubuh. Oleh itu, digalakkan membasuh atau merendam kaki dalam air suam sebelum tidur. Tidur tanpa mencuci kaki disinonimkan akan mendapat mimpi buruk atau gangguan sewaktu tidur, tetapi apa yang sebenarnya, masyarakat kita diajar supaya tidur dalam kedaan yang bersih dengan mencuci bahagian yang paling kotor, iaitu, kaki.
kesimpulannya..gunalah stokin sandy :)