Friday, 25 January 2013

bila kita sakit hati

pernah x kita rasa sakit hati bila org cari pasal dengan kita? bila orang cari je kesalahan kita.xde kesalahan pun dia bising jugak.xnk tengok kita hidup senang, kalau kita menumpang di rumah dia,buat kita macam orang gaji, dia halau lagi, rasa apa ye?siap talam dua muka lagi. rasa nk menjerit nak maki hamun nak marah je kan. tapi kita tidak diajar sebegitu. Agama Islam mengajar kita supaya sabar dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Masalah ini kalau difikirkan akan menitislah manik-manik jernih dari mata. Betul? kalau nk tidur tu konpem tak boleh tidur. Guling sini, guling sana. Secara tidak langsung sebenarnya kita telah mengundang caj-caj negatif dalam diri kita. Sebab tu la kita akan mudah kena penyakit. Migrain la, darah tinggi la, itu la, ini la. Jadi apa yang kita perlu buat? Ha, ambik je wuduk. xpun mandi lama- lama. Kalau dapat berenang lagi bagus. Air itu dapat menyejukkan dan memadamkan api.

Sabar itu kan sebahagian dari iman. Ye, saya tak nafikan bahwa gunung berapi pun lama-lama boleh meletus. Tahap kesabaran manusia memang tipis. Nabi Muhammad berpesan, balas la kejahatan dengan kebaikan. Seperti baginda sendiri, walaupun di caci, di maki, di baling najis. Tetapi baginda tidak pernah membalas dengan kejahatan. Berdoa untuk keburukan pun tidak pernah. Bertapa suci nya hati junjungan besar kita tu. Akhlak mulianya membuatkan musuh2nya akur dan insaf. Bolehkan kita menjadi begitu? Boleh. Ye boleh. Pepatah melayu pun ada menyebut buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,. Habis? Boleh buat 2 3 kali ke?ahaha. Just kidding. Jangan buat langsung la. Ingat, tuhan tu maha adil, nanti tuhan balas la. Samada stress dengan tempat kerja ke, anak sakit ke, hutang belambak ke, hidup x tenang. Tapi kalo ditimpa musibah tapi x ubah2 juga perangai, asyik nak salahkan orang lain jugak tu sendiri punye fikir la.

Kita memang kena selalu muhasabah diri. Kalau kita susah hati org cari pasal dengan kita, ubah la mana-mana perangai kita yang kita rasa perlu di ubah. yang orang tegur tu kita ubah la jadi lebih baik. Sentiasa berfikiran positif. Ye, kita akan menarik caj2 positif di sekeliling kita. Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan fikir. Kalau kita menjadi center of attraction oleh orang sekeliling kita, maksudnya kita terlalu attractive and adorable! sebab tu ramai orang jelous kan? Jadi orang popular kan susah :) Kita sebagai cerdik pandai ni kena bertolak ansur dan senyum sokmo ! kalau sakit hati jangan jadikan kita sakit jiwa sama seperti mereka. Bercakap dengan 1 orang bodoh lebih susah dari bercakap dengan 10 orang pandai. Life is too short to think about problems! 

Apabila melalui saat-saat menyedihkan ini, kita sedar bertapa perlu nya saya menjadi baik dan tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Kita akan rasa bagaimana  pedih rasanya apabila dilayan seperti orang gaji,. dihalau , dimarah, diperli, dibebel dan lain-lain. Semua yang terjadi menjadikan kita lebih matang dan baik. Alhamdulillah. Selalu set minda dan berdoa supaya menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Jangan buang masa bergaduh dengan org lain.Ingat, doa yang baik-baik je dan sentiasa tambah ilmu. Selalu beribadat, mengaji quran, beriadah dan bermain. Sibukkan diri supaya kita tak sibuk nk fikir pasal orang:)

bila perempuan jalan kaki

semalam kerja banyak nak disiapkan. Memandangkan motor yang dipos ayah belum sampai, jadi saya berjalan kaki pulang ke rumah. Jarak antara rumah dengan pejabat hanya 15 minit sahaja. Semasa berjalan pulang, saya terlihat ada seekor kucing berwarna kelabu tersadai di tepi jalan. badannya kembung.mungkin disebabkan hujan.saya kurang pasti. saya yang rabun2 sedikit agak terperanjat dan mungkin gaya saya terperanjat itu agak dramatik!. kereta yang melalui jalan tersebut bergerak perlaha-lahan seolah2 ingin menumpangkan saya walhal mereka ingin melihat kucing tersebut. Saya menjadi hairan kerana mereka boleh melihat kucing tersebut sedangkan kucing itu betul2 di tepi longkang. Mungkin gaya saya terperanjat menarik perhatian mereka untuk melihat apa yang saya peranjatkan itu.huhu.Kemudian, saya meneruskan perjalanan seperti biasa. 

Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 7 malam.Rata-rata pemandu kenderaan yang lalu di situ melihat saya berjalan. Ini menambahkan kehairanan saya.  Tak kurang juga yang membunyikan hon. Saya memeriksa beg yang digalas, adakah tidak berzip?kelihatan semuanya berzip. tudung adakah terangkat?ok je.baju seluar, semua ok. Mungkin saya lah satu-satunya perempuan yang berjalan kaki ke tempat kerja sepanjang mereka melalui jalan tersebut.

p/s: kalau tengok, bunyikan hon tapi taknak tumpangkan baik tak payah:)

Tuesday, 22 January 2013

puding triffle

bahan:
1-1 biji swiss role cake..apa2 perisa pun xpe..sedapnya pandan
2- 1 tin susu cair
3- 1 tin air (utk masak castard) ikut ukuran tin susu cair
4- 1 tin fruit coactail
5- 4 sudu penuh tepung castard
6- 7 sudu gula
7- Jelly konyaku 1 paket 250g
8- air 1 liter (utk masak dgn jelly)
*optional: 1/2 tin jagung krim dalam tin
Cara:
1- Potong 1 biji swiss roll cake (lebih kurang 1-2 inci). perisa apa pun xpa.susun dalam bekas (nak nampak cantik guna bekas kaca)
*kalau nak renjis2 air buah koktail tu pun boleh...tp sy xletak sbb xnak kek tu lembab/basah..sy suka kering2 ja...

2- masukkan dalam periuk, 1 tin susu cair bersama 1 tin air (ikut tin susu cair tu), 7 sudu gula dan 4 sudu tepung kastard,(saya tambah 1/2 tin jagung krim), masak atas api sederhana sampai pekat.tuangkan atas kek tadi.

3- taburkan 1 tin besar buah2an koktail (nak tambah nata de coca pun boleh)

4. masak 1 paket jelly konnyaku (nak guna perisa apa pun xpe..tp saya guna yg xdak perisa supaya senang nak letak warna apapun) bersama 1liter(ikut sukatan air pada paket jelly ni) dan pewarna.bila dah larut tuangkan atas susunan buah2 koktail tadi..sejukkan....mudah n ringkas..

*kalau nak ganti jelly konyaku dengan agar2 serbuk@tali pun boleh..tp kena tmbah gula.

Selamat Mencuba! :)

tua ke?

pada suatu hari ada seorang pekerja dr sebuah syarikat telah datang ke pejabat saya dan meminta sijil-sijil syarikat.

saya: bila boleh hantar balik
dia: esok baru kami nak guna.lepas2 tu la
saya: tinggalkan kad boleh?
dia: takde kad, kertas dan pen pun tak bawa
saya: boleh misscall?handphone saya dekat atas la.ni nombor***
dia: ok, nombor saya yg ada **** dekat belakang tu kak
saya: gulp.muka tak nampak muda pun.(xpela, adik kot, xpun saya nampak tua)

saya pun naik la ke pejabat dan melakukan kerja-kerja saya seperti biasa,tiba-tiba dapat sms dari dia.
dia: nak set nama apa ni kak?( lagi sekali)
saya:huda (cik) awak umur berapa?
dia:25.
saya: saya pun.lahir tahun 88.nampak tua eh?
dia: oh sebaya la kita.tak la, saya tak tahu nak panggil apa, jadi kalau panggik kak, nampak hormat sikit



Rome Smile

mula-mula sekali apa yang keluar di fikiran saya? haish..tak reti la nak menulis.saya biasanya tidak suka untuk menulis terutamanya diari.saya hanya akan menulis bila saya kecewa, marah, to express my feeling.lepas sehari dua, saya akan koyakkan apa yang saya tulis.yela, kot-kot orang terbaca,buat malu je.haha.