Wednesday 17 April 2013

susu kunyit

Mengamalkan pengambilan kunyit seperti amalan nenek moyang adalah sangat baik. Kunyit banyak memberi manfaat terutama kepada wanita. Bukan sahaja baik untuk kulit, kunyit juga memberi kebaikan kepada kesihatan rahim wanita.

Bukan itu sahaja, ia membantu juga kepada mereka yang ingin berdiet dan membantu mengurangkan berat badan.

Khasiat dan kebaikan kunyit terbongkar dapat membantu dalam menurunkan berat apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus.

Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin.

“Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, proses dikenali sebagai angiogenesis.

"Berdasarkan data kami, curcumin menekan aktiviti angiogenic dalam tisu lemak tikus yang diberi makan makanan tinggi lemak," kata penulis kanan yang juga pengarah Makmal Biologi Vaskular, di pusat itu, Mohsen Meydani.

Beliau, bagaimanapun menambah mereka tidak tahu sama ada keputusan itu boleh digunakan pada manusia kerana tiada kajian pernah dibuat mengenai perkara itu.

Salah satu komponen kunyit ialah curcumin, jenis phytochemical dikenali sebagai polyphenol. Penyelidikan mendapati phytochemicals, iaitu kimia yang ditemui pada tumbuh-tumbuhan, dapat membantu mencegah penyakit. Sebagai komponen bioaktif kunyit, curcumin sedia diserap untuk kegunaan tubuh.

Meydani dan pasukannya mengkaji tikus yang diberi makanan tinggi lemak selama 12 minggu. Kumpulan diberi makanan tinggi lemak pertama diberi tambahan dengan 500 miligram curcumin manakala kumpulan kedua tidak diberi makan bahan itu.

Kedua-dua kumpulan haiwan uji kaji itu memakan pada jumlah sama, menunjukkan curcumin tidak menjejaskan cita rasa tetapi tikus yang diberi makanan tambahan curcumin tidak mencatatkan kenaikan berat badan seperti tikus yang tidak diberi bahan itu.

"Curcumin nampaknya faktor utama menyebabkan pengurangan lemak tubuh pada kumpulan yang mendapat makanan tambahan. Pada tikus itu, kami meneliti penekanan kepadatan microvessel pada tisu lemak, petanda kurang pertumbuhan saluran darah dan oleh itu mengurangkan lemak.

"Kami juga mengesan paras rendah kolesterol darah dan lemak dalam hati tikus itu," katanya.

untuk susu pula khasiatnya adalah:
10 kebaikan minum susu.
Assalamualaikum guys... Lama sudah tidak berikan tips + petua untuk semua pembaca kongsibersamanora. Hari ini kita kongsikan 10 kebaikan susu segar atau susu tepung. Tidak kisah ler mana2 jenis susu, asalkan korang kena ambil setiap hari untuk memberikan tenaga dan kesihatan pada otak + tulang + badan kita. Tapi jangan minum selalu susu pekat manis pula.. Kurang sihat..

10 kebaikan minum susu
  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
  • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
  • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
  • Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
  • Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)
Tips susu untuk anak cerdas dan pintar
  • Setiap kali membuat segelas susu panas untuk anak kita, masukkan sesudu serbuk badam yang telah dibakar dan blend halus + sesudu kecil madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Biji badam memberi minda yang tajam dan memori yang sangat baik
  • atau sebelum tidur rendamkan 3 biji badam dalam air segelas air masak dan biarkan sampai esok pagi. Beri badam kembang tersebut pada anak2. Amalkan setiap hari..
  • Setiap hari ajar anak2 membaca muqadam dan Quran kerana ayat2 dalam Quran lebih banyak khasiat untuk kesihatan dan keselamatan diri..

Nota
Hebat bukan kebaikan susu ini terutama semasa kita dalam keadaa kepenatan dan tekanan. Pengambilan susu panas dapat menenangkan diri dan memberi kita tidur yang sangat selesa.
 
alkisahnya: saya balik ke rumha dan mak dengan ayah pun kirim la kunyit, timun, limau nipis, cili boh (cili boh kat terengganu ni memang sedap,tak sama dengan kat kl ni rasa lain).maksu pulak taknak datag ambik lagi. nak tunggu ahad ni. saya pun fikir, banyak2 ni bukan habis pun maksu guna.nanti membazir la kecut-kecut tak best. saya pun hiris la nipis-nipis, masukkan dalam air susu.memang rasa tak best! tapi minum la juga sikit-sikit. tapi cebisan cebisan kunyit ni ok la nak gigit, boleh ditelan la.lepas minum.arghh.memang sakit perut.dia buang toksin dalam badan. kalau usus sihat, barulah boleh menyerap segalai bagai mineral, zat ,vitamin dan kalsium kan?dari kita duk membeli ubat dekat kedai yang merosakkan kesihatan dan organ, baik guna apa yang ada di alam sekitar kita kan?guna petua semulajadi je:)alhamdulillah

No comments:

Post a Comment