Saturday 20 April 2013

tudung


"Cantiknya tudung yang dipakai kau Nor. Di mana kau beli tudung jenis putar dan belit macam ni? Siap ada anting-anting telinga lagi. Kalau macam ni aku pun nak bertudung macam kaulah" kata Siti.

Si Siti melahirkan rasa kagum dengan fesyen dikenakan oleh rakan baikya itu. Cara pemakaian tersebut menarik minatnya untuk 'berhijrah' sama.

Hijrah songsang.

Tuntutan menutup aurat dengan sempurna. Aurat bukan sahaja dikira kerana kita sudah menutup semua bahagian yang disyariatkan dalam islam malah mengambil kira cara pemakaian tudung yang sempurna, febrik dan jenis kain yang dipakai.

Jika kita berjaya memakai pakaian labuh, namun masih jarang dan kelihatan anggota di dalam ataupun sudah bertudung namun menampakkan teliga atau leher. Ianya dilihat satu musibah dan ancaman kepada si pemakai.

Ingatlah sahabat,
Pemimpin yang baik akan menambahkan iman di dada rakyatnya.
Ibu bapa yang mithali akan mendidik anaknya tentang islam.
Rakan yang baik akan sentiasa menegur dan menasihati temannya yang lain.
Manakala orang muslim terbaik sentiasa belajar menjadi lebih baik.


...................................


Jom berubah (",)
Mari Menjadi -h a m b a- ALLAH
Menjadi Hamba Allah
Setia Sampai Syurga

Nota: Tegur menegur secara islami dan hikmah adalah amalan mulia. Kita mahu ke Syurga, jangan lupa ajak dia juga ke Syurga ^^

No comments:

Post a Comment