Wednesday 17 April 2013

wanita

kalau kita diminati ramai pun, bukan semua berani nak pinang kita kan?cakap gedebak gedebuk, tak payah pakai speaker atau mic.tapi yang betul-betul nak jadi suami kita je kan yang akan datang meminang. setakat nak datang rumah bawa anak dara orang keluar, semua boleh buat. tapi ada ke berani nak cakap, "err, pakcik, makcik, saya berkenan dekat anak makcik pakcik. boleh ke saya dengan dia berkawan?" 
cakap macam tu pun tak berani kan? ni kan pula nak suruh cakap dekat parents kita tuh yang betul-betul nak serius dan nak cop.kalau parents tak datang pun, sekurang-kurangnya beritahu la niat nak kawen atau risik atau tunang ke kan.ni sebelah pihak je berangan syok sendiri.tak jadi. yang perempuan pula, kalau taknak kahwin dengan lelaki tu jangan cuba main tarik tali. taknak cakap je taknak. lepas tu, tak perlu la nak main sms atau gayut-gayut kan.man and woman cannot be best friend. 
Tak percaya? nanti mesti ada perasaan cemburu, sedih, kalau tengok si dia kawan lebih-lebih dengan orang lain jantina dari dia kan?lama-lama akan ada perasaan sayang tu.huhu. kalau kita berkenan dengan orang lain, kesian la kat dia.dan secara tak langsung kita tak akan jadi kawan baik lagi dengan dia.nak buat macam mana, dia dah tak boleh nak anggap kita macam kawan baik dia lagi dah, tapi sebagai buah hati.
jadi tak perlu la bangga sangat kalau ramai orang minat, sebab kadang-kadang yang ramai peminat tak kahwin-kahwin, kahwin pun lambat.tapi yang takde peminat tu, cepat je jumpa jodoh.seronok tengok diorang gembira, bahagia, cemburu pun ada gak.haha



No comments:

Post a Comment