Saturday 20 April 2013

tudung mesir bidang 60


Assalamualaikum muslimah sekalian,
Untuk makluman anda,kami telah mengimport barang baru, iaitu Tudung Petak Mesir. Pernah dengar ? Jika tidak, jom lihat apa kelebihan tudung mesir ini.
Pertama sekali, tudung petak mesir yang kami tawarkan bidangnya 60’, jadi, memang sesuai dan mampu menutup perhiasan bahagian atas muslimah sekalian. Anda juga perlu tahu bahawa tudung ini kainnya agak keras disebabkan corak petak pada kain, tambahan pula, ia agak tebal. Bagi yang tak mahu besar- besar boleh potong tudung ini mengikut keselesaan anda.
Angin kuat? tidak perlu risau apabila angin kencang bertiup kerana tudung ini tidak mudah berterbangan. Lagi satu yang penting, tudung ini walaupun tebal, tapi ia tidak panas. Kalau berasa panas juga apabila memakainya, maka ucapkanlah syukur Alhamdulillah kerana setiap titik peluh yang mengalir keluar dari bandan manusia ketika menutup aurat, maka Allah memberi kita pahala kerana mampu menahan dugaan dan menurut perintahnya. Istimewa bukan bagi yang muslimah ? jadi, tudung ini amat lah sesuai untuk di bawa solat. almaklumlah kalu solat tanpa telekung, waktu sujud tu, tudung akan ke depan dan menutup muka kita.pernah alami tak?hehe.
Anda juga tidak perlu risau kerana tudung ini memang tidak jarang berbanding dengan tudung bawal labuh di pasaran. Jadi, aurat bahagian kepala anda in syaa Allah terlindung. Tudung ini juga sangat selesa dipakai.
Dan yang paling seronok tentang tudung ini, ianya mudah dibentuk ! Maksudnya anda tidak perlu menghabiskan masa yang lama dihadapan cermin semata-mata untuk menajamkan/membulatkan/memperbetulkan tudung anda, tudung ini mampu terbentuk dengan mudah sahaja !
Jelaslah, tidak rugi anda mendapatkan tudung mesir ini:)
Antara kelebihan- kelebihan tudung mesir ini adalah:-
-          Tidak jarang
-          Tebal
-          Tidak panas
-          Mudah dibentuk
-          Tidak mudah berterbangan
-          Diimport dari mesir
-          Kain keras
-          Ada corak yang simple dan menarik
-          Anda masih mampu menutup aurat dengan tudung yang berbidang 60’ ini
-          Harganya juga berpatutan
In syaa Allah juga, kami bekalkan tudung petak mesir dalam beberapa warna ini :
harga nya juga berpatutan.

No comments:

Post a Comment